Konsep

Gaya Hidup Sihat
  
  • Kita akan mempunyai kesihatan yang baik sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat. Antara contoh amalan ini ialah melakukan senaman, beriadah, amalan pemakanan yang baik serta menghindari penyalahgunaan bahan seperti dadah, ubat, racun dan rokok.


Pemakanan


  • Pengambilan makanan seimbang yang bersih dan berkhasiat adalah amalan pemakanan yang baik. Hal ini, kerana makanan seimbang berupaya menjadikan badan kita sihat dan kuat. Otak kita turut menjadi cerdas.

  • Pyramid makanan membantu kita makan secara seimbang mengikut kadar yang bersesuaian. Selain itu, kita juga akan mengenali kumpulan-kumpulan makanan seperti karbohidrat, vitamin, protein dan lemak. Pyramid makanan juga memberi maklumat tentang contoh-contoh makanan berdasarkan kumpulan makanan, misalnya nasi, roti, mi dan bijirin yang tergolong dalam kumpulan karbohidrat.

  • Pyramid makanan turut memberi panduan berguna tentang kadar pengambilan atau sukatan makanan yang sesuai untuk badan kita. Seseorang murid perlu banyak makan makanan daripada kumpulan karbohidrat untuk memperoleh tenaga. Selain itu, pastikan kita kurang mengambil makanan berlemak seperti kek, keju dan minyak.
  • Amalan makan mengikut pyramid makanan penting bagi memastikan kita menjadi sihat, cergas dan membesar dengan sempurna.


Kategori
Umur
Tenaga

Kanak-kanak



Lelaki

Perempuan

1 – 3
4 – 6
7 – 9

10 – 19

10 – 19

1360
1830
2190

2600 – 2450

2350 – 2100


Kalori per gram :

    Lemak                   9
    Karbohidrat          4
    Protein                  4


Jadual menunjukkan jumlah tenaga yang diperlukan mengikut kategori dan kalori mengikut kumpulan makanan.